Tugasan Ke-3 : Kepimpinan dan kerja berpasukan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

1) Ebook

1. KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

2. (Islam) berasaskan amanah & taqwa manakala dr perspektif barat kepimpinan dilihat sebagai fenomena yg melibatkan hubungan & tanggungjawab antara manusia.

3. Individu adalah ibarat khalifah @ pemimpin &bergantung kpd mereka untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin bg membawa masyarakat islam kpd jln kebaikan. Sebagai pemimpin hedaklah memimpin ummah ke jln yg benar,menuju kearah kebaikan, mengerjakan ibadah dll. 

4. Berorientasikan keadaan berubah-ubah & memberi fokus kpd pencapaian matlamat semasa dlm semua aspek kehidupan.

5. Hughes, Ginnett & Curphy (1993) telah menyenaraikan Dalam definisi kepimpinan terdapat beberapa elemenbeberapa definisi kepimpinan: penting @ faktor utama sepeti berikut:
• Satu proses dimana egen mempengaruhi @ memujuk
• Pemimpin: pemimpin haruslah mengetahui, kekuatan subordinatnya supaya berkelakuan seperti yg dan kelemahan dirinya. dikehendaki
• Pengikut: pengikut adalah anggota organisasi yg
• Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan antara dipimpin. Mereka merupakan org yg perlu dipengaruhi dua org @ lebih oleh pemimpin untuk mecapai matlamat organisasi.
• Mengarah @ menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan
• Komunikasi: pemimpin & pengikut perlu berkongsi & bertukar maklumat. Pemimpin perlu menyampaikan
• Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli idea beliau, meyakinkan pengikut untuk menerima idea lain mematuhi yg dibawa & seterusnya memotivasikan untuk
 • Merobah pengikut, membentuk visi & matlamat yg meyokong & melaksanakan melalui berbagai tindakan mungkin boleh dicapai, & dpt menerangkan dgn jelas
 • Situasi: kerap bertukar suasana & tidak pernah statik. cara untuk mencapai matlamat tersebut Pemimpin perlu mengetahui situasi & mengaplikasi
• Proses mempengaruhi kumpulan yg terancang kearah tindakan sesuai mengikut masa, tempat & upaya mencapai matlamat pekerjanya
• Tindakan-tindakan yg mengfokuskan sumber untuk mencipta peluang-peluang yg dikehendaki
• Kepimpinan adalah kebolehan memujuk pengikut supaya memahami objektif organisasi”. Ia adalah faktor manusia yg mengajak anggota kumpulan supaya bergerak bersama-sama, memberi kotivasi bg mencapai matlamat matlamat organisasi

6. Teori tret : Pemimpin mempunyai tret @ sifat tertentu yg membezakan membezakan mereka dari bukan pemimpin. Kepimpinan yg berkesan mempunyai beberapa sifar seperti: Mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut & diri pemimpin sendiri Mempunyai semnagat dalaman bahawa dia seorang yg berorintasikan pencapaian objektif organisasi Mampu & sentiasa membuat tinjuaan tentang peluang. Mempunyai kawalan diri dalaman locus of control yg bermaksud pemimpin mapu mengawal diri apabila berhadapan dgn konflik dgn pasukan. Mempunyai orientasi kearah pembaikan. Bersikap optimis. Mempunyai sifat penggalak. Sikap toleransi terhadap perkara yg kurang pasti @ kabur. Memberi motivasi kpd anggota pasukan

7.  Teori tingkah laku. Keberkesanan pemimpin terletak kpd apa yg dilakuan oleh pemimpin & bukan kpd tret. Kajian mendapati gaya kepimpinan demokrasi amat disenangi oleh subordinat. Gaya autokraktik- pemimpin menetapkan & memberitahu subordinat apakah yg dijangkakan & perlu dilakukan oleh subordinat bg mencapai matlamat organisasi. Gaya demokratik: pemimpin & anggota lain bersama-sama mengambil bhg dlm proses membuat keputusan. Gaya leissez-faire @ bebas: pemimpin kurang lebih mengetahui prosedur kerja, kurang pengetahuan & pengalaman bg mencapai matlamat organisasi. Teori kontigensi. Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut situasi. Terdiri dari 3 teori yg terkenal: Teori kontigensi fiedler (terdpt 2 gaya):Kepimpinan berorientasikan tugas. Kepimpinan berorientasikan hubungan. Model kepimpinan bersituasi.Tertumpu kpd pengikut disebabkan pemimpin yg berjaya dikatakan hasil pemilihan gaya kepimpinan yg tepat berasaskan kematangan pengikut (kebolehan kesediaan pengikut menerima tanggungjawab) Teori laluan bermatlamat. 4 gaya kepimpinan yg dpt dikenalpasti di bawah teori ini adalah kepimpinan menyokong, kepmpinan penyertaan, kepimpinan berorintasi pencapaian, kepimpinan berperantaraan @ mengarah

SUMBER : http://www.slideshare.net/wazsanry/bab-3-1-15735209

2) Slide

Bagi tugasan ke tiga, setiap kumpulan perlu menyediakan biografi seorang tokoh. Oleh itu, kumpulan kami memilih Tan Sri Dato' Sri Akhtar Aziz.

Berikut merupakan pembentangan kami semasa tugasan berkumpulan tersebut.



Latar Belakang


Kerjaya


Sifat kepimpinan


Transformasi yang dijalankan





3) Artikel

Terlalu banyak telah diperkatakan oleh pakar-pakar motivasi dan jurulatih kepemimpinan serta penulis-penulis tersohor tentang kepentingan semangat kerja berpasukan yang utuh dalam sesebuah organisasi. Pelbagai konsep telah diperkenalkan supaya segenap lapisan pekerja atau ahli dapat digembleng dan mereka pula saling memperkukuh dalam menjayakan agenda yang didukung bersama. Umumnya, semua orang sudah tahu tentang kepentingan semangat setiakawan semasa bekerja dalam pasukan.
Bagi organisasi dakwah dan kebajikan yang sentiasa menuntut pengorbanan tanpa ganjaran, perkara ini menjadi tonggak perjuangan. Tidak dapat tidak, Ukhuwah, Tsiqah dan Taat, yang menjadi sebahagian daripada prinsip asas sebagaimana yang telah diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna – semoga Allah merahmati beliau – merupakan perkara pokok dalam kerja berpasukan atau amal jama’i.
Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(As-Saff 61: 4)
Sebab itu jamaah dakwah perlu menekankan kesatuan fikrah serta ikatan hati supaya ahli-ahlinya sentiasa setia dan mendukung agenda yang tergaris dalam perancangan yang telah disusun, demi mencapai sasaran jangka pendek di dunia ini, dan lebih utama lagi matlamat jangka panjang di akhirat kelak. Semua itu perlu dijiwai dalam perspektif amal jama’i yang merupakan matlamat sebenar penggabungan mereka di dalam jamaah itu. Segala kelemahan perlu diatasi bersama secara berterusan, dan pembinaan jiwa-jiwa terus berjalan tanpa henti. Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan memperbaiki diri hingga ke akhir hayat. Itulah yang diajar oleh Islam.
Namun, ada kalanya wujud seorang dua yang mempunyai pandangan tertentu dalam konteks untuk memperbaiki organisasi. Dia amat yakin dengan pendekatan yang belum diterima umum dalam organisasinya. Sama ada dia tidak berjaya meyakinkan kepemimpinan ataupun tidak suka berbuat demikian, dia masih berpegang kuat dengan pandangan itu, malah melaksanakannya secara peribadi. Dia memang berniat baik, malah bertindak mengikut apa yang difaham dari ayat al-Quran yang bermaksud,
“Tidak ada kebaikan daripada banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia daripada orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar
(An-Nisaa’ 4: 114)
Benar, memang ada pengecualian dalam pelaksanaan “perbicaraan rahsia” yang dilakukan oleh sekelompok manusia atas tujuan kebaikan. Namun ia perlu dibuat dengan begitu teliti. Dalam membicarakan ayat ini, Sayyid Qutb menegaskan di dalam kitab tafsir Fi Zilalul Quran bahawa sekiranya ia dibuat, ia perlu dilaksana dengan amat berhati-hati tanpa didasari oleh hawa nafsu sama sekali, dan bukan untuk mencari populariti di dalam organisasi. Tidak boleh ada sebarang niat sampingan kerana ia membuka peluang kepada syaitan untuk menggoda.
Perkara ini amat sukar untuk dijaga dan seseorang individu itu tidak dapat menjamin bahawa tidak akan terdetik sedikit pun perasaan bangga diri dalam hatinya sekiranya dia berjaya. Ini adalah kerana sifat semula jadi manusia memang suka kepada kejayaan. Kepuasan yang terhasil dari kejayaan itu mungkin pula menimbulkan sifat ujub atau bangga diri. Dia terasa kagum di atas segala amalan yang telah dilakukan dan hasilnya yang cemerlang. Ini terus mendorong dia untuk memperkembangkan lagi usaha dan membina pengaruh ke atas mereka yang sama-sama beramal dengannya. Lama-kelamaan, ia boleh pula melahirkan sifat takabur yang amat tercela. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,
“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun seberat zarah
(Riwayat Muslim)
Perkara yang asalnya baik itu mudah sekali untuk terpesong dan terseleweng disebabkan godaan syaitan dan kesan jangka panjangnya amat negatif, bukan sahaja kepada diri mereka yang terlibat, tetapi juga untuk organisasi yang sama didukung.
Sebab itu, jalan yang lebih baik ialah supaya segala usaha dilaksanakan dalam ruang lingkup sistem yang telah dipersetujui bersama, berdasarkan keputusan syura yang telah diikat. Syura yang meluas itu membawa keberkatan, dan syura kecil yang tersembunyi itu penuh bahaya, walaupun niatnya mulia.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. Wahai yang memalingkan hati-hati, palingkan hati kami ke arah mentaati-Mu.

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1424-satu-barisan
❤ Sekian, Terima Kasih ❤

Tugasan ke-2 : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

PENGENALAN Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam otak di mana proses mentafsir, menilai dan menganalisis meklumat berlaku. Ini termasuklah segala proses berkemungkinan dalam memikirkan benda yang abstrak atau benda bukan abstrak untuk menghasilkan suatu kesimpulan konkrit, yang menggabungkan fakta-fakta saintifik dengan pemikiran logik.

A.PEMIKIRAN KRITIS-Definisi "kritis": tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu.
-Apa yang ditekankan dalam pemikiran kritis adalah pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah, dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan semasa berhujah dapat membantu dalam membuat keputusan.
-Oleh itu, melalui pemikiran kritis, seseorang dapat mencari kebenaran dengan mengasingkan perkara yang dianggap silap dan mengenepikannya.

i)CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
-Tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara.
-Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.
-Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik.

ii)KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
-Menjadi lebih matang
-Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
-Sensitif dan prihatin
-Berjiwa besar, yakin dan berani
-Lebih berkhemah dan bertanggungjawab

B.LOGIK-Definisi "logik": Suatu proses pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.
-Tebahagi kepada dua iaitu logik deduktif dan induktif.

PRINSIP ASAS LOGIK
-Prinsip identiti
-Prinsip pertengahan(excluded middle)
-Prinsip kontradiksi/Prinsip percanggahan

C.PENYELESAIAN MASALAH -Definisi "masalah": matlamat yangcuba dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamat itu dengan segera.

PROSES MENYELESAIKAN MASALAH
-Menyedari masalah
-Memahami masalah
-Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian masalah
-Meninjau kesan akibat pilihan
-Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
-Algoritma
-Heuristik
-Submatlamat

RUMUSAN
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, kita harus memikirkan dan mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut.

TUGASAN YANG TELAH DISIAPKAN










❤ Sekian, Terima Kasih ❤

Tugasan Pertama : Kemahiran Komunikasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :) ..

I - ARTIKEL

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

 DEFINISI DAN PROSES

KOMUNIKASI - Pemindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan dan organisasi (penghantar)kepada seseorang, kumpulan dan organisasi (penerima) yang lain melalui media tertentu.

3 PRINSIP KOMUNIKASI
Melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang
Tidak semestinya percakapan tetapi penghantaran mesej dan menerimamesej
Tidak dapat dikawal seperti perbezaan budaya

7 PROSES

PENGHANTAR @ PENGIRIM
Orang yang mula mencetuskan idea untuk berkomunikasi dengan orang
Penghantar menterjemah & memahami maksud maklumat yang dihantarkepada penerima.
Penerima menyimpulkan maklumat menjadi gerakan anggota badan yangmenerangkan idea @konsepnya.

MESEJ
Maklumat dalam bentuk lisan untuk menyampaikan maksud kepadapenerima.
Dihantar melalui media @ saluran tertentu.

PENERIMA
Orang yang menerima maklumat daripada penghantar.
4 peranan penerima:
•Rasa
– sedar bahawa beliau menerima mesej daripada sesorang.
•Menginterprestasikan maklumat
– memahami makna dan tujuanpenghantaran mesej.
•Menilai maklumat
– memikir sama ada perlu atau tidak bertindakbalas kepada mesej yang diterima.
•Tindak balas penerima
– menjawab mesej yang diterima,mendiamkan diri @ serahkan pada orang lain untuk bertindak.

DEKOD @PENTAFSIF KOD
Proses mentafsir @ menterjemah maklumat yang diterima daripadapenghantar kepada maklumat yang difahami oleh penerima.

MAKLUM BALAS
Tindak balas yang dihantar oleh penerima kepada penghantar setelahmentafsir maklumat yang telah diterima.
Arahan
•Suruhan
•Soalan
•Jawapan
•Penjelasan
Bukan arahan
•Mimik muka
•Nada suara
•Air muka
•simbolik

GANGGUAN
Perkara yang mengganggu roses komunikasi sama ada diperingkatpenghantar, enkod, mesej, penerima @ dekod.

BENTUK KOMUNIKASI

(A) BENTUK

MENEGAK
Pertukaram maklumat antara peringkat dengan peringkat dalam organisasi
Objektif utama komunikasi menegak digunakan dalam organisasi:
•Menggalakkan penglibatan sebarapa banyak ahli organisasi
•Memberi peluang kepada pengurusan atasan mendapatkan maklumatpenting daripada pekerja

MENDATAR
Pertukaran maklumat secara bebas dalam organisasi.
Kebaikan:
•Meningkatkan kerjasama, saling percaya & komunikasi yang berkesandi kalangan pekerja
•Penumpuan perkara yang tidak dipersetujui dari aspek idea bukanperibadi seseorang
•Kebanyakan tindakan & keputusan memberi kesan kepada kebolehanorang lain melaksanakan kerja
Objektif:
•Menyelarakan kerja, berkongsi maklumat demi kepentingan organisasi
•Menyelesaikan masalah @ konflik secara berkumpulan

MELINTANG
Pertukaran maklumat tidak formal

(B) KOMUNIKASI SEHALA
Proses komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas dari penerima kepadapenghantar.

DARI ATAS KEBAWAH
Pengaliran maklumat dari peringkat atasan ke satu @ lebih peringkat yanglebih rendah dalam sesebuah organisasi.
Kegunaan:
•Mendeligasikan visi, misi dan objektif
•Menilai pekerja
•Menerangkan polisi
•Member arahan

DARI BAWAH KE ATAS
Pengaliran maklumat dari satu peringkat bawahan kepada satu @ lebihperingkat yang lebih tinggi dalam sesebuah organisasi.
Masalah
•Maklumat melalui beberapa peringkat
•Persaingan antara maklumat wujud sebelum sampai kepada ketua
•Kurang kepercayaan ketua terhadap pekerja bawahan
Kegunaan
•Membuat laporan
•Menyelesaikan masalah
•Memberi idea/cadangan
•Meluahkan masalah
•Menyampaikan maklumat
Manfaat
•Syarikat
Sebagai ujian kepada pekerja bawahan dalam menerima mesej
•Pekerja
Dihargai kerana diberi peluang

(C) KOMUNIKASI DUA HALA
Proses komunikasi yang melibatkan maklum balas daripada penerima kepadapenghantar

KOMUNIKASI LISAN DAN BUKAN LISAN

(A) KOMUNIKASI LISAN
Proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk menyampaikanmaklumat kepada penerima.
Faktor peningakatan pemahaman komunikasi:
    KESEDARAN
       Pemahaman tentang sesuatu konsep
   PENGUKURAN
      Tingkah laku yang selaras dengan tujuan komunikasi
    MAKLUM BALAS
      Respon/ tanda-tanda penerimaan mesej serta pamahamannya

KEBAIKAN
Mesej boleh melalui saluran komunikasidengan cepat
Alat bantuan komunikasi bolehdigunakan

KEBURUKAN
Penghantar yang tidak memepunyai komunikasi yang baik susah menyampaikan mesej
Tiada rekod kekal keran bentuk tidaknyata

KOMUNIKASI BUKAN LISAN
Tingkah laku manusia: pergerakan badan, intonasi @ penekanan perkataan.
Unsur fizikal: rekabentuk bangunan, kelengkapan & perhiasan pejabat

KEBAIKAN
Mesej boleh dipindah sehingga mencapai persetujuan antara penghantar & penerima
Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
Tiada had penerima maklumat sepertisurat khabar
Dalam bentuk yang tetap & disimpanlama
Boleh dihantar kepada penerima dimana penghantar tidak boleh sampai
Mesej tidak berubah

KEBURUKAN
Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar & tidakboleh menentukan pembacanya
Penerima mungkin membaca @menerima pada waktu yang salah
Penerima mungkin membuang & tidakmembaca
Maklum balas tidak segara
Penerima memahami sebahagian mesej
Mesej yang dihantar mampu menerangkan penerima

(B) KOMUNIKASI LISAN

 Jenis komunikasi lisan

PERBINCANGAN
 Proses mencari penyelesaian

UCAPAN
Cara penyampaian secara lisan melalui ceramah, pidato, @ pembacaanlaporan bertulis di hadapan sekumulan pendengar

PEMBENTANGAN
Slaid
•Negatif filem yang diambil dengan kamera 35 mmFilem
•Rangkaian gambar dalam pita arakamanLCD
•Paparan pada skrin sama ada warna @ hitam putih yang dicetak di ataskertas telusPita rakaman
•Kaedah merakam suara tanpa sebarang soal jawabGrafik
•Penggunaan bentuk termudah seperti carta dalam pembentangan Telekonferens
•Siaran lansung

MESYUARAT
Pertemuan antara dua @ lebih orang untuk membuat perancangan,berkongsi maklumat, membuat keputusan & mencari jalan untukmenyelesaikan masalah dalam jangka pendek @ panjang
•Faedah
-Ahlinya daripada latar belakang yang berbeza
-Banyak pendapat
-Perancangan melibatkan pekerja dapat dijalankan
-Pastikan semua yang terlibat memahami sesuatu
•Langkah-langkah mesyuarat
-Semak tarikh, masa, tempat & agenda
-Memberi @ mendengar cadangan
-Catat & analisis hasil masyuarat untuk tindakan lanjut
•Senarai semak mesyuarat
-Tujuan mesyuarat
-Ahli yang menghadiri
-Agenda mesyuarat
-Persediaan tempat
-Setiausaha yang merekod

PERBUALAN TELEFON
Garis panduan menggunakan telefon
•Bercakap dengan jelas
•Perkataan diyatakan dengan penuh yakin
•Nada suara yang munasabah
•Behasa perlu diketahui umumButiran dalam memo telefon
•Nama pemanggil & penerima
•Alamat @ tempat asal pemanggil
•Nombor telefon pemanggil
•Catatan/ mesej
•Tarikh
•Masa

(B) KOMUNIKASI BERTULIS

Proses komunikasi yang tidak menggunakan percakapan tetapi menggunakantulisan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima
 Jenis komunikasi bertulis
 •MEMORANDUM
Alat komunikasi bertulis tidak rasmi antara jabatan dalam sesebuahorganisasi & tidak digunakan untuk memberikan maklumat kepada oranglain di luar organisasi
•SURAT-MENYURAT
Proses penulisan dengan satu tujuan tertentu sama ada secara rasmi @tidak.Perkara yang perlu bagi penulisan surat perniagaan.
-Kepala surat
-Tarikh
-Nombor fail & nombor rujukan
-Nama & alamat penerima
-Untuk perhatian
-Tajuk surat
-Isi surat
-Penutup surat
-Tandatangan
Perkara yang perlu dititikberatkan dalam penulisan surat-
Nombor rujukan
-Gelaran terhadap pangkat
-Alamat penerima
-Tandatangan
•LAPORAN BERTULIS
Kelebihan
-Sebagai rekod
-Dapat menjelaskan sesuatu dengan lebih mendalam
-Memudahkan penerima mesej
•E-MEL
 Kaedah pertukaran maklumat bertulis & mel suara dengan cepat melalui penggunaan terminal komputer yang telah dibangunkan dengan rangkaian kominukasi.Kelebihan e-mel:-
-Maklum balas cepat
-Dapat disimpan untuk dijadikan bukti
-Tingkatkan produktiviti dalam komunikasi
-Salinan dalam pelbagai bentuk

(D) BAHASA BADAN
Perlakuan kinestatik yang merangkumi pergerakan badan seperti perubahan air muka, pergerakan mata & bahasa isyarat
Jenis bahasa badan
•Kaki & tangan
•Gaya berjalan
•Kaedah sentuhan
•Berjabat tangan
•Pakaian 

Komunikasi melalui mata:
-Menjelaskan kedudukan perasaan
-Mengawal perhubungan semasa komunikasi
-Satu arahan yang biasa

Ruang antara penghantar maklumat dengan penerima maklumat:
-ZON MESRA
 Jarak lebih kurang 2 kaki antara kedua-duanya & sering digunakan ketika berkomunikasi di kalangan ahli keluarga terdekat @ orang tersayang
-ZON PERIBADI
 Jarak antara 2-4 kaki ketika berkomunikasi terutamanya ketika bertemu dengan orang yang tidak dikenali
-ZON SOSIAl
Jarak antara 4-12 kaki. Zon in digunakan ketika melaksanakan kerja social &kebajikan
-ZON AWAM
 Jarak yang melebihi 12 kaki. Zon ini sering digunakan ketika memberi ceramah,kuliah, syarahan, berlakon di atas pebtas.


 MEDIA KOMUNIKASI

(A) MEDIA PERSENDIRIAN
Kaedah @ bentuk penyampaian maklumat yang digunakan oleh penghantaruntuk menghantar maklumat kepada penerimanya(B)MEDIA MASSA
ELEKTRONIK  Televisyan, radio & internet
CETAK Majalah, surat khabar & buku


KOMUNIKASI BERKESAN

(A)PRINSIP KOMUNIKASI
•Pesanan terkawal
•Bahasa yang mudah difahami
•Tindakan yang tidak menimnbulkan ketidakselesaan
•Perhatian ditumpukan sepenuhnya

(B)KEMAHIRAN MENDENGAR
Proses penerimaan maklumat secara mental untuk difahami & diambil tindakan.Alat komunikasi:
-Menulis, membaca, bercakap & mendengar 
Tujuan utama mendengar:
-Mewujudkan ikatan persaudaraan @ perhubungan
-Hiburan
-Pembelajaran
-Membuat keputusan
-Meluahkan @ menunjukkan perasaan yang dialami

EMPATI
Kebolehan seseorang untuk melihat pandangan orang lain2 matlamat mendengar secara empati:
-Sahkan perasaan
-Memahami situasi
-Memberi sokongan
-Bantuan untuk menyelesaikan masalah

Proses pendengaran:
-Cetusan rasa pendengaran
-Menginterprestasikan makna
-Menilai maklumat yang diterima
-Tindak balas terhadap maklumat yang diterima

Garisan panduan pendengaran:
-Elakkan mengganggu orang lain ketika bercakap
-Jangan menyampuk ketika orang lain bercakap
-Berfikiran terbuka
-Bertanya apabila perlu

Kemahiran mendengar:
-Mengawal emosi
-Menerima segala idea & pandangan
-Fikiran terbuka
-Mendengar engan pelbagai situasi

KEMAHIRAN BERUNDING

(A)DEFINISI BERUNDING
Proses yang melibatkan 2 pihak @ lebih untuk bertukar-tukar barangan @perkhidmatan dan berusaha untuk mencapai kata sepakat terhadap konflik yang timbul agar dipersetujui oleh kedua-dua pihak yabg terlibat.

(B)PRINSIP BERUNDING

RESPONSIF
•Rasional semasa berunding

BERSOPAN
•Beradab, prosedu & mengikut tatacaraSALING MEMBANTU
•Faham-memahami


HALANGAN & RINTANGAN KOMUNIKASI

(A) HALANGAN
Gangguan @ kebisingan dalam komunikasi

HALANGAN LUARAN 
Tingkah laku, tindakan @ rungutan yang dibuat oleh penghantar maklumat semasamenyampaikan maklumat & persekitaran di mana komunikasi itu mengambil tempat seperti pasar borong yang bising.

HALANGAN DALAMAN
Kekurangan yang dihadapi oleh penerima maklumat @ pendengar itu sendiri.Berbentuk emosi, salah sangka, gaya @ ketika menerima maklumat, tidak berminatuntuk mendengar & rasa bimbang.

HALANGAN DALAM ORGANISASI:
Individu: disebabkan oleh individu berkenaan, seperti mempunyai andaian yangbercanggah, masalah semantic, emosi & kemahiran komunikasi
Organisasi: kekangan yang ada dalam organissasi yang kompleks, pengkhususanfungsian tugas pekerja, pelbagai objektif di pelbagai peringkat dalam organisasi &status perhubungan di kalangan ahli organisasi.

(B) FIZIKAL
Menyebabkan perselisihan faham antara penghantar & penerima
(C)PSIKOLOGIKAL
Menerima maklumat dalam bentuk ancaman supaya maklumat tidak diterimadengan betul.(D)SOSIALOGIKAL
Manusia sama dari segi lahiriah tetapi berbeza dari segi komunikasi
(E)SEMANTIK/ BAHASA
Masalah dalam komunikasi dari segi memahami maksud sebenarnya perkataanyang mempunyai maksud yang berbeza-beza

sumber : http://www.scribd.com/doc/13159719/Kemahiran-Komunikasi



II - SLIDE dan VIDEO








(youtube url : http://www.youtube.com/watch?v=lCEexOLYkOI&feature=youtu.be)








❤ Sekian, Terima Kasih ❤

Pengenalan

Assalamualaikum.

Blog ini dihasilkan adalah untuk subjek ZZZT 1052 Pembangunan Diri bagi tugasan ke 4. Kami daripada kumpulan The Exchange akan cuba mempersembahkan yang terbaik ≧'◡'≦
❤ Sekian, Terima Kasih ❤