Tugasan ke-2 : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

PENGENALAN Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam otak di mana proses mentafsir, menilai dan menganalisis meklumat berlaku. Ini termasuklah segala proses berkemungkinan dalam memikirkan benda yang abstrak atau benda bukan abstrak untuk menghasilkan suatu kesimpulan konkrit, yang menggabungkan fakta-fakta saintifik dengan pemikiran logik.

A.PEMIKIRAN KRITIS-Definisi "kritis": tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu.
-Apa yang ditekankan dalam pemikiran kritis adalah pertimbangan sesuatu idea dengan cara menilai, membezakan dan menyoal sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah, dengan melihat kepada alasan-alasan yang dikemukakan semasa berhujah dapat membantu dalam membuat keputusan.
-Oleh itu, melalui pemikiran kritis, seseorang dapat mencari kebenaran dengan mengasingkan perkara yang dianggap silap dan mengenepikannya.

i)CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS
-Tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara.
-Berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea.
-Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik.

ii)KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
-Menjadi lebih matang
-Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
-Sensitif dan prihatin
-Berjiwa besar, yakin dan berani
-Lebih berkhemah dan bertanggungjawab

B.LOGIK-Definisi "logik": Suatu proses pemikiran yang cuba mencari maklumat, ilmu, data dan fakta mengenai kebenaran sesuatu perkara.
-Tebahagi kepada dua iaitu logik deduktif dan induktif.

PRINSIP ASAS LOGIK
-Prinsip identiti
-Prinsip pertengahan(excluded middle)
-Prinsip kontradiksi/Prinsip percanggahan

C.PENYELESAIAN MASALAH -Definisi "masalah": matlamat yangcuba dicapai tetapi tidak mengetahui bagaimana untuk mencapai matlamat itu dengan segera.

PROSES MENYELESAIKAN MASALAH
-Menyedari masalah
-Memahami masalah
-Meneroka pilihan-pilihan penyelesaian masalah
-Meninjau kesan akibat pilihan
-Memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian masalah

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
-Algoritma
-Heuristik
-Submatlamat

RUMUSAN
Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Oleh itu, kita harus memikirkan dan mengambil langkah yang bijak untuk mengatasi masalah tersebut.

TUGASAN YANG TELAH DISIAPKAN










❤ Sekian, Terima Kasih ❤

No comments:

Post a Comment