Tugasan Ke-3 : Kepimpinan dan kerja berpasukan

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

1) Ebook

1. KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN

2. (Islam) berasaskan amanah & taqwa manakala dr perspektif barat kepimpinan dilihat sebagai fenomena yg melibatkan hubungan & tanggungjawab antara manusia.

3. Individu adalah ibarat khalifah @ pemimpin &bergantung kpd mereka untuk menjalankan tugas sebagai pemimpin bg membawa masyarakat islam kpd jln kebaikan. Sebagai pemimpin hedaklah memimpin ummah ke jln yg benar,menuju kearah kebaikan, mengerjakan ibadah dll. 

4. Berorientasikan keadaan berubah-ubah & memberi fokus kpd pencapaian matlamat semasa dlm semua aspek kehidupan.

5. Hughes, Ginnett & Curphy (1993) telah menyenaraikan Dalam definisi kepimpinan terdapat beberapa elemenbeberapa definisi kepimpinan: penting @ faktor utama sepeti berikut:
• Satu proses dimana egen mempengaruhi @ memujuk
• Pemimpin: pemimpin haruslah mengetahui, kekuatan subordinatnya supaya berkelakuan seperti yg dan kelemahan dirinya. dikehendaki
• Pengikut: pengikut adalah anggota organisasi yg
• Hadirnya pengaruh tertentu di dalam hubungan antara dipimpin. Mereka merupakan org yg perlu dipengaruhi dua org @ lebih oleh pemimpin untuk mecapai matlamat organisasi.
• Mengarah @ menyelaras kerja-kerja ahli kumpulan
• Komunikasi: pemimpin & pengikut perlu berkongsi & bertukar maklumat. Pemimpin perlu menyampaikan
• Hubungan antara perorangan (interpersonal) iaitu ahli idea beliau, meyakinkan pengikut untuk menerima idea lain mematuhi yg dibawa & seterusnya memotivasikan untuk
 • Merobah pengikut, membentuk visi & matlamat yg meyokong & melaksanakan melalui berbagai tindakan mungkin boleh dicapai, & dpt menerangkan dgn jelas
 • Situasi: kerap bertukar suasana & tidak pernah statik. cara untuk mencapai matlamat tersebut Pemimpin perlu mengetahui situasi & mengaplikasi
• Proses mempengaruhi kumpulan yg terancang kearah tindakan sesuai mengikut masa, tempat & upaya mencapai matlamat pekerjanya
• Tindakan-tindakan yg mengfokuskan sumber untuk mencipta peluang-peluang yg dikehendaki
• Kepimpinan adalah kebolehan memujuk pengikut supaya memahami objektif organisasi”. Ia adalah faktor manusia yg mengajak anggota kumpulan supaya bergerak bersama-sama, memberi kotivasi bg mencapai matlamat matlamat organisasi

6. Teori tret : Pemimpin mempunyai tret @ sifat tertentu yg membezakan membezakan mereka dari bukan pemimpin. Kepimpinan yg berkesan mempunyai beberapa sifar seperti: Mempunyai keupayaan mengembangkan estim kendiri pengikut & diri pemimpin sendiri Mempunyai semnagat dalaman bahawa dia seorang yg berorintasikan pencapaian objektif organisasi Mampu & sentiasa membuat tinjuaan tentang peluang. Mempunyai kawalan diri dalaman locus of control yg bermaksud pemimpin mapu mengawal diri apabila berhadapan dgn konflik dgn pasukan. Mempunyai orientasi kearah pembaikan. Bersikap optimis. Mempunyai sifat penggalak. Sikap toleransi terhadap perkara yg kurang pasti @ kabur. Memberi motivasi kpd anggota pasukan

7.  Teori tingkah laku. Keberkesanan pemimpin terletak kpd apa yg dilakuan oleh pemimpin & bukan kpd tret. Kajian mendapati gaya kepimpinan demokrasi amat disenangi oleh subordinat. Gaya autokraktik- pemimpin menetapkan & memberitahu subordinat apakah yg dijangkakan & perlu dilakukan oleh subordinat bg mencapai matlamat organisasi. Gaya demokratik: pemimpin & anggota lain bersama-sama mengambil bhg dlm proses membuat keputusan. Gaya leissez-faire @ bebas: pemimpin kurang lebih mengetahui prosedur kerja, kurang pengetahuan & pengalaman bg mencapai matlamat organisasi. Teori kontigensi. Gaya kepimpinan perlu berubah mengikut situasi. Terdiri dari 3 teori yg terkenal: Teori kontigensi fiedler (terdpt 2 gaya):Kepimpinan berorientasikan tugas. Kepimpinan berorientasikan hubungan. Model kepimpinan bersituasi.Tertumpu kpd pengikut disebabkan pemimpin yg berjaya dikatakan hasil pemilihan gaya kepimpinan yg tepat berasaskan kematangan pengikut (kebolehan kesediaan pengikut menerima tanggungjawab) Teori laluan bermatlamat. 4 gaya kepimpinan yg dpt dikenalpasti di bawah teori ini adalah kepimpinan menyokong, kepmpinan penyertaan, kepimpinan berorintasi pencapaian, kepimpinan berperantaraan @ mengarah

SUMBER : http://www.slideshare.net/wazsanry/bab-3-1-15735209

2) Slide

Bagi tugasan ke tiga, setiap kumpulan perlu menyediakan biografi seorang tokoh. Oleh itu, kumpulan kami memilih Tan Sri Dato' Sri Akhtar Aziz.

Berikut merupakan pembentangan kami semasa tugasan berkumpulan tersebut.



Latar Belakang


Kerjaya


Sifat kepimpinan


Transformasi yang dijalankan





3) Artikel

Terlalu banyak telah diperkatakan oleh pakar-pakar motivasi dan jurulatih kepemimpinan serta penulis-penulis tersohor tentang kepentingan semangat kerja berpasukan yang utuh dalam sesebuah organisasi. Pelbagai konsep telah diperkenalkan supaya segenap lapisan pekerja atau ahli dapat digembleng dan mereka pula saling memperkukuh dalam menjayakan agenda yang didukung bersama. Umumnya, semua orang sudah tahu tentang kepentingan semangat setiakawan semasa bekerja dalam pasukan.
Bagi organisasi dakwah dan kebajikan yang sentiasa menuntut pengorbanan tanpa ganjaran, perkara ini menjadi tonggak perjuangan. Tidak dapat tidak, Ukhuwah, Tsiqah dan Taat, yang menjadi sebahagian daripada prinsip asas sebagaimana yang telah diketengahkan oleh Imam Hassan Al-Banna – semoga Allah merahmati beliau – merupakan perkara pokok dalam kerja berpasukan atau amal jama’i.
Allah subhanahu wataala berfirman dalam surah al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(As-Saff 61: 4)
Sebab itu jamaah dakwah perlu menekankan kesatuan fikrah serta ikatan hati supaya ahli-ahlinya sentiasa setia dan mendukung agenda yang tergaris dalam perancangan yang telah disusun, demi mencapai sasaran jangka pendek di dunia ini, dan lebih utama lagi matlamat jangka panjang di akhirat kelak. Semua itu perlu dijiwai dalam perspektif amal jama’i yang merupakan matlamat sebenar penggabungan mereka di dalam jamaah itu. Segala kelemahan perlu diatasi bersama secara berterusan, dan pembinaan jiwa-jiwa terus berjalan tanpa henti. Kita perlu sentiasa menuntut ilmu dan memperbaiki diri hingga ke akhir hayat. Itulah yang diajar oleh Islam.
Namun, ada kalanya wujud seorang dua yang mempunyai pandangan tertentu dalam konteks untuk memperbaiki organisasi. Dia amat yakin dengan pendekatan yang belum diterima umum dalam organisasinya. Sama ada dia tidak berjaya meyakinkan kepemimpinan ataupun tidak suka berbuat demikian, dia masih berpegang kuat dengan pandangan itu, malah melaksanakannya secara peribadi. Dia memang berniat baik, malah bertindak mengikut apa yang difaham dari ayat al-Quran yang bermaksud,
“Tidak ada kebaikan daripada banyak perbicaraan rahsia mereka, kecuali perbicaraan rahsia daripada orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak kami akan memberinya pahala yang besar
(An-Nisaa’ 4: 114)
Benar, memang ada pengecualian dalam pelaksanaan “perbicaraan rahsia” yang dilakukan oleh sekelompok manusia atas tujuan kebaikan. Namun ia perlu dibuat dengan begitu teliti. Dalam membicarakan ayat ini, Sayyid Qutb menegaskan di dalam kitab tafsir Fi Zilalul Quran bahawa sekiranya ia dibuat, ia perlu dilaksana dengan amat berhati-hati tanpa didasari oleh hawa nafsu sama sekali, dan bukan untuk mencari populariti di dalam organisasi. Tidak boleh ada sebarang niat sampingan kerana ia membuka peluang kepada syaitan untuk menggoda.
Perkara ini amat sukar untuk dijaga dan seseorang individu itu tidak dapat menjamin bahawa tidak akan terdetik sedikit pun perasaan bangga diri dalam hatinya sekiranya dia berjaya. Ini adalah kerana sifat semula jadi manusia memang suka kepada kejayaan. Kepuasan yang terhasil dari kejayaan itu mungkin pula menimbulkan sifat ujub atau bangga diri. Dia terasa kagum di atas segala amalan yang telah dilakukan dan hasilnya yang cemerlang. Ini terus mendorong dia untuk memperkembangkan lagi usaha dan membina pengaruh ke atas mereka yang sama-sama beramal dengannya. Lama-kelamaan, ia boleh pula melahirkan sifat takabur yang amat tercela. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda dalam hadis sahih yang bermaksud,
“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada sifat takabur di hatinya walaupun seberat zarah
(Riwayat Muslim)
Perkara yang asalnya baik itu mudah sekali untuk terpesong dan terseleweng disebabkan godaan syaitan dan kesan jangka panjangnya amat negatif, bukan sahaja kepada diri mereka yang terlibat, tetapi juga untuk organisasi yang sama didukung.
Sebab itu, jalan yang lebih baik ialah supaya segala usaha dilaksanakan dalam ruang lingkup sistem yang telah dipersetujui bersama, berdasarkan keputusan syura yang telah diikat. Syura yang meluas itu membawa keberkatan, dan syura kecil yang tersembunyi itu penuh bahaya, walaupun niatnya mulia.
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. Wahai yang memalingkan hati-hati, palingkan hati kami ke arah mentaati-Mu.

http://www.malaysiaharmoni.com/v2/index.php/pandangan/1424-satu-barisan
❤ Sekian, Terima Kasih ❤

No comments:

Post a Comment